Saturday 15 November 2014

RESEPI NASI BERIANI

RESEPI NASI BERIANI

Bahan-Bahan
4 gelas berasmathi (basuh dan toskan)
4 gelas air
1/4 cawan susu cair
1/2 botol yogurt
2 bawang merah size serdahana (dihiris)
5 biji bawang putih (dihiris)
1 besar ibu jari halia (dihiris)
Rempah empat sekawan 
(Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
2 biji tomato 
1 kiub ayam Maggi
Daun ketumbar
Daun pudina
4 ketul ayam
2 paket Rempah Nasi Beriyani Brahim's
Minyak dan sedikit planta untuk memasak
Garam secukupnya

Cara-cara
1. Laraskan periuk Noxxa ke Stirfry, letakkan minyak dan planta biarkan cair. Dah panas, masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan rempah empat sekawan. Tumis sehingga garing bawang tu dan bau semerbak. 
2. Tambahkan 2 paket Rempah Nasi Beriyani Brahim's. Tumis seketika dan masukkan 4 ketul ayam. Agak-agak ayam tu dah masak. Terus masukkan air. 
3. Seterusnya, masukkan yogurt, susu cair, masukkan pula sedikit daun ketumbar dan daun pudina. Jangan lupa perisa, masukkan kiub ayam dan juga garam. Serta masukkan beras yang dicuci tadi. Tinggalkan sedikit daun-daun untuk taburkan atas nasi beriyani selepas masak nanti. Akhir sekali masukkan buah tomato yang dah dipotong tadi.
4. Lepas tu, ambil penutup periuk Noxxa. Tutup elok-elok dan laraskan setting periuk Noxxa ke High Pressure Cooker selama 4 minit.
5. Bunyi je maknanya dah masak. Tutup letrik biarkan seketika dan keluarkan pressure periuk tu. Bukak penutup dan sedia untuk dihidangkan.

P/S: Masa memasak mengikut periuk Noxxa masing-masing. Ada yang masak 7 minit ada yang 4 minit.

Bahan-bahan utama nak masak nasi beriyani. Yang takde dalam gambar sini Berasmathi, susu cair, dan garam. Kalau nak tahu saiz gelas besar mana Mummy guna. Saiz gelas yang bunga-bunga dekat kanan gambar ni. Nak sukat air pon pakai gelas yang sama. 

Dah tumis dan masuk semua bahan-bahan. Kacau sebati, tambah sedikit daun-daun ketumbar dan pudina. Lepas tu akhir sekali baru letak buah tomato. Tutup periuk tunggu masak je. Ini je gambar Mummy dapat ambil sebelum ambil penutup periuk. Sebab nak cepat, kami dah lapar. Hahaha

Laraskan periuk Noxxa ke High Pressure Cooker dan masak selama 4 minit.

Dah berbunyi tik tik tik...Ahaaa, Nasi Beriyani Ayam dah masak lah tu. Keluarkan wap pressure periuk ni sehingga semerbak bau satu rumah. Mummy sahaja masuk 4 ketul ayam ni sebabnya ayam ni boleh budak-budak kecik makan dan juga untuk Opah. Sebab Opah takleh makan ayam masak merah sebab ada tomato sos dan letak sikit brown sugar. So, Opah makan beriyani dengan ayam yang dah ditanam dalam periuk Noxxa ni. 

Inilah hasilnya. OMG sedap!! Kalau lagi sedap makan dengan dalca nih. Nak kena buat lagi sekali.



Resepi ini di ambil dari  http://blog.qashmere.net.my/